Mangsa usia 7 tahun | Peniaga dituduh rogol, liwat cucu saudara

2022-03-23 0

Seorang peniaga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu pada Khamis atas tuduhan merogol dan meliwat cucu saudaranya yang berusia tujuh tahun.

Bagaimanapun tertuduh yang berusia 56 tahun mengaku tidak bersalah selepas dua pertuduhan itu dibacakan di hadapan hakim Nooriah Osman.